Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
LAWATAN PELAJAR POLITEKNIK KE RPN TANAH JAMBU

29 Julai 2019, Isnin - Seramai  20 orang pelajar jurusan Diploma Seni Bina 'Diploma in Architecture' Politeknik Brunei (PB) telah membuat lawatan ke kawasan pertapakan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang projek residential seni bina. Rombongan pelajar ini diketuai oleh 2 (dua) orang tenaga pengajar. Program lawatan terbahagi kepada 2 (dua) iaitu lawatan kekawasan pertapakan dan juga pembentangan Laporan Kelayakan 'Feasibility Report'.

DSCF3837.JPG

Pada sesi lawatan berkenaan, para pelajar diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Perumahan mengenai maklumat pertapakan yang dipilih. Para pelajar berpeluang untuk membuat kajiselidik di kawasan pertapakan dalam tempoh yang ditetapkan.

DSCF3862.JPG DSCF3863.JPG DSCF3864.JPG

Kemudian pada  program ini juga setiap pelajar perlu menyediakan Laporan Kelayakan 'Feasibility Report' dari hasil kajiselidik yang dibuat pada kawasan pertapakan. Pihak Jabatan juga telah dijemput oleh pihak PB untuk membuat penilaian awal bagi laporan dari pelajar berkenaan.

DSCF3891.JPG DSCF3911.JPG DSCF3893.JPG

Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP


Attachments