Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA TAHUN 1440H/ 2019M

13 Ogos 2019, SelasaIbadah korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang juga dikenali sebagai Sunat Muakkad. Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

DSCF4590.JPG

Petang tadi, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

DSCF4547.JPG DSCF4632.JPG DSCF4610.JPG

Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Awang Haji Mohd Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin, Qari dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya. Majlis diserikan lagi dengan Laungan Takbir Hari Raya dibawa oleh Pasukan Dikir Lelaki Jabatan Ukur.

DSCF4553.JPG DSCF4581.JPG

Sebahagian daging korban berkenaan seterusnya diagihkan kepada warga kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya serta seramai 70 orang asnaf fakir miskin dari kawasan Berakas dan sekitarnya. Sebanyak 4 ekor kerbau dikorban untuk majlis tersebut dan majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat. 


Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap - Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP

Attachments