Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
FASA PERTAMA SISTEM OCBS DILANCARKAN

27 Februari 2020, Khamis - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan adalah agensi Kerajaan pertama yang dipilih secara rintis menggunakan sistem OCBS 'One Common Billing System' bagi pengendalian pengutipan hasil dan memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran balik pinjaman perumahan mereka. Projek berkenaan telah dilancarkan tadi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Dato Seri Setia IR. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

DSC01043.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dan seterusnya penerangan ringkas mengenai projek OCBS oleh Yang Mulia Dayang Hajah Chairani binti Haji Sulaiman, Pemangku Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan. Sejurus sistem OCBS sempurna dilancarkan oleh tetamu kehormat, majlis diteruskan dengan tayangan video pengenalan sistem berkenaan. Tetamu kehormat juga berpeluang menyaksikan demostrasi pembayaran melalui Portal OCBS yang dibuat dikaunter-kaunter pembayaran kutipan perumahan.

DSC01060.jpg DSC01088.jpg

OCBS dilancarkan secara berperingkat yang mana pada fasa pertama sistem ini dilancarkan secara rintis bersama Jabatan Kemajuan Perumahan dan kemudiannya akan dilaratkan ke beberapa Jabatan lain yang telah dikenalpasti.OCBS yang dibangunkan oleh Jabatan Perbendaharaan adalah sebuah sistem lanjutan daripada sistem ePayment Gateway (ePG) yang mana ianya disediakan bagi agensi Kerajaan yang tidak mempunyai sistem atau modul-modul bil (billing system) dan kutipan hasil. OCBS ini membolehkan agensi Kerajaan mengutip hasil tanpa membangun sistem berasingan dan memudahkan pengutipan hasil serta memastikan keselamatan kutipan hasil yang diterima oleh Kementerian dan Jabatan.


Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal); Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi); Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

DSC01007.jpgDSC00957.jpgDSC01027.jpg

Attachments