Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
SEMBAHYANG ASAR DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI HABITAT SEDUNIA

05 Oktober 2020, Isnin - Sambutan Hari Habitat Sedunia jatuh pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, ianya jatuh pada 05 Oktober 2020 bertemakan "Housing For All: A Better Urban Future'. Tema yang dipilih oleh UN-HABITAT ini adalah bertepatan dengan pembangunan negara yang kini menuju ke arah untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Tema ini juga membawa maksud bahawa kawasan perumahan perlu mengambil langkah-langkah yang holistik bagi menyediakan kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik dengan penyediaan kemudahan awam yang mencukupi ke arah pembangunan negara yang mampan.

6eec55d1-5c7d-4316-8e20-9d760edee1f8.jpg

Berikutan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini, rumah kediaman menjadi tempat perlindungan yang selamat bagi membendung penularan COVID-19. Individu boleh berehat di rumah jika merasa kurang sihat ini boleh mencegah orang lain daripada dijangkiti dan terdapat juga individu yang diberikan Notis Pengasingan Diri dengan tidak dibenarkan meninggalkan rumah masing-masing. Dengan itu, tanpa rumah kediaman yang selesa dan bersesuaian ianya akan menyukarkan lagi usaha pencegahan ini.

Dalam hubungan ini, seluruh lapisan masyarakat juga seharusnya bersama-sama berperanan dalam menjaga keselamatan, kebersihan dan keindahan kawasan perumahan, termasuklah menjaga prasarana juga kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk setempat.

Bagi memperingati Sambutan Hari Habitat Sedunia tahun ini, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sembahyang Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran bertempat di Surau Jabatan Kemajuan Perumahan. Hadir selaku tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

c14d2a6e-fbab-41ad-be2d-2406c9d85478.jpg fb44bc23-e03a-4856-b4a0-246572cc45fe.jpg 4a239fe2-5750-406e-a8d7-2e6a58c17cd1.jpg 

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Asar berjemaah dan seterusnya bacaan Ratib Al-Attas, diikuti dengan Doa Kesyukuran. Turut hadir, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan & Profesional) Kementerian Pembangunan; Ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan; juga pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pembangunan.


Attachments