Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUP DIKIR MAULUD 1442H/2020M

28 Oktober 2020, Rabu - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Dua Belas (12) Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1442 Hijrah pada petang tadi, bertempat di Dewan Muwafaqah, Tingkat 1, Ibu Pejabat JKP.

4.jpg

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan serta Pegawai dan Kakitangan JKP. Majlis didahului dengan bacaan Tahlil Khas atas Kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Azizul Rahman bin Saban, Pegawai Kemajuan Perumahan Kanan. 

1.jpg 3.jpg

Majlis diteruskan dengan bacaan dikir beramai-ramai dan doa dikir dipimpin oleh Yang Awang Nurul Izzul bin Haji Zakeria. Sebelum mengakhiri majlis, doa Allah Peliharakan Sultan sekali lagi dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Azizul Rahman bin Saban.

Attachments