Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
MAKLUMAN JAWATAN KOSONG

Jabatan Kemajuan Perumahan sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah bagi mengisikan jawatan kosong seperti berikut:

 

JAWATAN SITE STAFF (KONTRAK) TAPAK BINA PROJEK-PROJEK

RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA

RESIDENT ENGINEER, ASSISTANT RESIDENT ENGINEER, CLERK OF WORKS

 

1.     JAWATAN: RESIDENT ENGINEER

TANGGA GAJI: B2 EB3

KEKOSONGAN: DUA (2)

TEMPOH PERKHIDMATAN: 24 BULAN ATAU SEHINGGA PROJEK SELESAI

 

Syarat-syarat kelayakan minima:

  • Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Struktur/ Kejuruteraan Bangunan atau sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang 8 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai keahlian dalam badan Profesional dalam bidang Kejuruteraan atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah menjadi satu kelebihan.

 

2.     JAWATAN: ASSISTANT RESIDENT ENGINEER

TANGGA GAJI: B2

KEKOSONGAN: DUA (2)

TEMPOH PERKHIDMATAN: 24 BULAN ATAU SEHINGGA PROJEK SELESAI

 

Syarat-syarat kelayakan minima:

  • Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Struktur/ Kejuruteraan Bangunan atau sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah menjadi satu kelebihan.

 

3.     JAWATAN: CLERK OF WORKS

TANGGA GAJI: C3

KEKOSONGAN: EMPAT (4)

TEMPOH PERKHIDMATAN: 24 BULAN ATAU SEHINGGA PROJEK SELESAI

 

Syarat-syarat kelayakan minima:

  • Mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Bangunan /  Mekanikal / Elektrikal atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

PENGAMBILAN PEKERJA SITE STAFF (KONTRAK)

 

Syarat-Syarat Am:

  • Pemohon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap adalah diberi keutamaan.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah satu kelebihan.
  • Berpengalaman dalam kerja-kerja rekabentuk bangunan, binaan, infrastruktur atau bidang yang menjurus kepada perancangan dan pengurusan projek.
  • Berpengetahuan luas dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) termasuk penggunaan MS Office, MS Project, Auto CAD dan sebagainya yang berkaitan.
  • Bersedia melaksanakan tugasan dengan teratur dibawah tekanan samada secara persendirian mahupun berkumpulan.
  • Berkemahiran dalam penyelesaian masalah dengan menilai situasi dan mampu membuat keputusan yang sewajarnya dengan cepat.
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa dan hendaklah bersedia untuk bertugas dimana-mana sahaja di negara ini.

 

Syarat-Syarat Lain:

  • Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan bolehlah diperolehi dengan menekan pautan dibawah:

Cover Borang Site Staff.pdf

Borang Site Staff.pdf

 

Permohonan yang lengkap diisikan bersama-sama dengan Curriculum Vitae (C.V), gambar berukuran paspot sebanyak 2 keping dan salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah hendaklah dihantar kepada:

Ketua Bahagian Pentadbiran Am

Tingkat 4, Jabatan Kemajuan Perumahan

Lapangan Terbang Lama Berakas

Bandar Seri Begawan BB3510

Negara Brunei Darussalam

 

Hanya pemohon yang disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai dengan proses temuduga.

Tarikh tutup menghantar permohonan ialah pada 

Hari Isnin, 08hb Mac 2021, Jam 4.00 petang





Attachments