Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PENANDATANGANAN KONTRAK PROJEK JKP DAN JKR

13 Mac 2021, Sabtu - Tiga (3) buah kontrak dokumen bagi projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan sempurna ditandatangani pagi tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Hadir menyaksikan penandatanganan projek-projek berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. 

Terdahulu majlis menyaksikan penandatanganan kontrak diantara Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dengan pihak Kontraktor yang dilantik, Indramas Sendirian Berhad bagi projek kerja-kerja membaikpulih infrastruktur dan menyiapkan pembinaan 140 unit rumah teres di Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba. Pihak JKP diwakili oleh Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan dan disaksikan oleh Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan. Manakala menandatangani bagi kontrak dilantik pula, Pengarah Urusannya Mrs. Kavitha Mohan.

Pada majlis berkenaan juga berlangsung penandatanganan jaminan rekabentuk diantara pihak JKP bersama dengan Gemilang Latif Associates, AlamSejagat Consulting Engineers Sdn. Bhd dan Regional Consultants. Menandatangani bagi pihak JKP ialah Pemangku Pengarahnya yang disaksikan oleh Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani, Ketua Juruukur Bahan, JKP bersama dengan wakil-wakil kontraktor yang dilantik iaitu Pengarah Urusan Gemilang Latif Associates, Ar. Mahri bin Haji Latip; Pengarah Urusan AlamSejagat Consulting Engineers, Ir. Affandy bin Mohd Morshidi; dan Pengarah Urusan Regional Consultans, Ir. Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Modin.

Kerja-kerja membaikpulih dan menyiapkan infrastruktur bagi 140 unit rumah teres di RPN Kampung Rimba berkenaan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dengan harga projek lebih $8 juta ringgit.

3.jpg 4.jpg

Kemudian majlis juga diselajurkan dengan penandatanganan kontrak dokumen bagi (2) buah projek di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya iaitu Kerja-Kerja Pemeliharaan Jalan Raya Berintegrasi di Lebuh Raya Muara - Belait yang dijangka selesai dalam tempoh 36 bulan. Kontraktor yang dilantik bagi perlaksanaan projek berkenaan ialah D.H.H.B Contractor and Engineering Sendirian Berhad. 

Manakala projek seterusnya ialah membekal dan memasang paip air bersih dari Kampung Sukang ke Kampung Melilas, Ulu Belait. Dengan harga projek lebih 580 ribu ringgit ini dikendalikan oleh Syarikat Noor Laila Jaya (Enterprise) (B) Sdn. Bhd dalam tempoh 24 bulan.

Rimba4.jpg

Attachments