Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ TAHUN 1442H/ 2021M

01 April 2021, Khamis - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran bersempena dengan Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi tahun 1442 Hijrah bertempat di Dewan Betabur Kementerian Pembangunan.

Musabaqah3.jpgMusabaqah4.jpg

Seramai empat qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada peringkat akhir berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Johan qari adalah peserta dari Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Yang Mulia Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin manakala johan qariah pula disandang oleh peserta dari Jabatan Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Norhafizah binti Haji Alias.

Musabaqah5.jpg

Majlis turut diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk Menghalusi Ibadah Solat mengikut Mazhab Syafie yang disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Awang hilman bin Awang Haji Salim, Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Musabaqah6.jpg

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Dati Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan dan Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan dan Industri Pembinaan), Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabata serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan. Majlis tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan dengan tujuan bagi meningkatkan pemahaman, penghayatan dan menguasai kandungan Al-Qur'an.

Attachments