
Ahad, 08 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter-kaunter di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan dan juga Cawangan di ke empat-empat daerah adalah ditutup buat sementara bermula 09 Ogos 2021 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Dalam hal ini, bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran, JKP menyarankan pembayaran dibuat secara atas talian (online) melalui One Common Billing System (OCBS) dan juga melalui Online Banking Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Baiduri.
Juga diingatkan kepada orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui OCBS, mereka perlulah mendaftar dan mengaktifkan akaun e-Darussalam masing-masing terlebih dahulu sebelum melayari portal OCBS di https://ocbs.mofe.gov.bn.
Bagi tujuan perkhidmatan kaunter perjumpaan dan penerimaan permohonan Skim Perumahan Negara (SPN), orang ramai bolehlah membuat sebarang pertanyaan dan menghadapkan borang permohonan SPN mereka yang lengkap diisikan melalui emel pada alamat info@hdd.gov.bn. Borang permohonan SPN boleh dimuat turun 'download' melalui laman sesawang JKP (www.housing.gov.bn).
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. Kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan dan JKP ingin memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dihadapi. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Kemajuan Perumahan www.housing.gov.bn atau berhubung melalui:
KAUNTER | PENGURUSAN KEWANGAN | PENGURUSAN PERMOHONAN | PENGURUSAN ESTIT (KEROSAKAN) |
Brunei-Muara | 2380199 2382145 ext 107/ 108 | 2382978 2382145 ext 113 | 2331731/ 2331732 |
Belait | 3331837/ 3330448 | 3330448 | 3331837 |
Tutong | 4247204/ 4247514 | 4247143 | 4247213 |
Temburong | 5230437 |
atau emel ke alamat info@hdd.gov.bn |
atau menghubungi Talian Darussalam 123
|
- TAMAT -
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Perumahan
Kementerian Pembangunan
No. Tel: 2382145 sambungan 111
Rujukan : JKP-PM/PRO/11/61
Tarikh : 28 Zulhijjah 1442H/ 08 Ogos 2021M