Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENANGGUHAN TEMUDUGA SKIM PERUMAHAN NEGARA (SPN)

Makluman.TangguhTemuduga.jpg

Ahad, 08 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan bagi mengawal risiko penularan jangkitan COVID-19 dengan ini Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) memaklumkan bahawa sesi temuduga bagi pemohon Skim Perumahan Negara Tahun 2020 bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong adalah ditangguhkan sementara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, pihak JKP akan memaklumkan pemohon-pemohon yang tersenarai dari masa kesemasa bagi sebarang maklumat terkini mengenai pengendalian sesi temuduga berkenaan.

JKP dengan ini memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dihadapi dan sangat menghargai kefahaman para pemohon yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, pemohon yang berkenaan bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Kemajuan Perumahan www.housing.gov.bn atau menghantar emel pada alamat info@hdd.gov.bn atau menghubungi talian berikut;

Bahagian Permohonan, JKP Daerah Brunei-Muara – 2382978 atau 2382145 ext 113

Bahagian Permohonan, JKP Cawangan Temburong – 5230437

- TAMAT -

Disediakan oleh:

Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam

Jabatan Kemajuan Perumahan

Kementerian Pembangunan

No. Tel: 2382145 sambungan 111

 

Rujukan     :           JKP-PM/PRO/11/61

Tarikh        :           28 Zulhijjah 1442H/ 08 Ogos 2021M


Attachments