Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
ALAMAT EMEL BAGI MEMUDAHKAN ORANG RAMAI

MaklumanEmel.png

Sabtu, 28 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan penutupan semua kaunter-kaunter perkhidmatan di Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). Bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JKP dan Pejabat Cawangan semasa penutupan ini, dengan ini JKP mengongsikan alamat-alamat emel yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi sebarang urusan atau pertanyaan. Berikut adalah alamat-alamat emel bagi Jabatan Kemajuan Perumahan:

1. BAHAGIAN PENGURUSAN PERMOHONAN, IBU PEJABAT JKP (Alamat emel: pengurusanpermohonan@hdd.gov.bn)

     Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai permohonan perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai status peruntukan rumah; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Permohonan.

2.  BAHAGIAN KEWANGAN, IBU PEJABAT JKP (Alamat emel: hasil@hdd.gov.bn)

     Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai pembayaran balik perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai pembayaran sewa Rumah Tumpang Sementara, Gerai, Kedai, Bengkel; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Bahagian Kewangan.

3.  BAHAGIAN PENGURUSAN ESTIT & PERUMAHAN, JLN SURAPIT (Alamat emel: bhgpep@hdd.gov.bn)

     Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai Rumah Tumpang Sementara, Gerai, Kedai, Bengkel;
  • Pelanggaran syarat peraturan & perjanjian perumahan;
  • Aduan; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Estit & Perumahan.

4.  BAHAGIAN PERANCANGAN PROJEK, IBU PEJABAT JKP (Alamat emel: tender.jkp@hdd.gov.bn)

     Bagi urusan seperti berikut:

  • Permohonan  untuk mengikuti Sebut-Harga dan Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Sebut-Harga dan Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan.

5. JKP CAWANGAN DAERAH BELAIT (Alamat emel: belait.jkp@hdd.gov.bn)

     Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai pembayaran balik perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai permohonan perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai status peruntukan rumah;
  • Aduan; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Jabatan Kemajuan Perumahan, Cawangan Daerah Belait.

6. JKP CAWANGAN DAERAH TUTONG (Alamat emel: tutong.jkp@hdd.gov.bn)


Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai pembayaran balik perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai permohonan perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai status peruntukan rumah;
  • Aduan; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Jabatan Kemajuan Perumahan, Cawangan Daerah Tutong.

7. JKP CAWANGAN DAERAH TEMBURONG (Alamat emel: temburong.jkp@hdd.gov.bn)

Bagi urusan seperti berikut:

  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai pembayaran balik perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai permohonan perumahan;
  • Pertanyaan atau memohon maklumat mengenai status peruntukan rumah;
  • Aduan; dan
  • Lain-lain hal yang berkaitan dengan Jabatan Kemajuan Perumahan, Cawangan Daerah Temburong.

Sementara itu, bagi urusan yang memerlukan orang ramai untuk menghantar secara fizikal, dokumen-dokumen berkenaan bolehlah dimasukkan ke dalam 'dropbox' bahagian berkenaan yang telah disediakan di lobi Jabatan Kemajuan Perumahan  dan Cawangan JKP di daerah-daerah dimana pihak JKP akan menghubungi bagi sebarang keperluan mengenainya.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan umum, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Kemajuan Perumahan www.housing.gov.bn atau menghantar emel pada alamat info@hdd.gov.bn.


- TAMAT -

Disediakan oleh:

Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam

Jabatan Kemajuan Perumahan

Kementerian Pembangunan

No. Tel: 2382145 sambungan 7013/7014

 

Rujukan       :               JKP-PM/PRO/11/61

Tarikh          :               19 Muharram 1443H/ 28 Ogos 2021M


Attachments