Rabu, 24 November 2021 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Tutong DITUTUP SEMENTARA pada hari Rabu, 19 Rabiulakhir 1443 bersamaan 24 November 2021.
Penutupan selama sehari ini adalah bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dalam usaha menangani penularan COVID-19 di negara ini selain menjamin kesejahteraan dan keselamatan orang ramai. Bagi sebarang urusan bolehlah menghubungi emel: tutong.jkp@hdd.gov.bn.
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Perumahan
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam
