Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUPAN SEMENTARA SPG 8-3-12, JALAN AMBIN, RPN LUGU

Map.JalanTutup.jpg

Rabu, 09 Mac 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya dan penduduk yang tinggal di kawasan Perumahan Negara Kg. Lugu mengenai penutupan sementara Penghujung Simpang 8-3-12, Jalan Ambin yang bermula pada Khamis, 10 Mac, jam 6.00 pagi.

 

Penutupan Simpang tersebut adalah bagi kerja-kerja pemasangan Culvert Drainage peringkat pertama di mana ia dijangka mengambil masa tiga (3) minggu.

 

Sehubungan dengan itu, para penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut khususnya bolehlah menggunakan laluan di Simpang 8, Jalan Ambin. 

 

Dengan ini juga, Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

 

Pada kesempatan ini, pihak Jabatan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya dan sebarang pertanyaan juga aduan orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 dan e-mel: info@hdd.gov.bn.

Attachments