Isnin, 01 Ogos 2022 - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Sambutan
Awal Tahun Hijrah 1444 diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan
Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahya yang kembali dari menunaikan fardhu haji bagi tahun 1443H/ 2022M. Majlis diadakan pagi tadi di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan,
Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda
bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Turut hadir pada majlis tersebut, Dayang Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan,
Guna Tanah dan Alam Sekitar); Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin Bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan
Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional); Sr.
Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan
Kemajuan); Dayang Aldila Binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang); Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Majlis diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk Menjana Insan Bertaqwa Dan Berintegriti Melalui
Penghayatan Peristiwa Hijrah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh penceramah
undangan Ustaz Dr. Haji Noralizam Bin Haji Aliakbar, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama
Seri Begawan.

Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada jemaah haji yang diraikan.
Majlis tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan dengan tujuan meningkatkan pemahaman,
penghayatan peristiwa mengenai peristiwa hijrah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.