Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TEMUDUGA PEMOHON BELAIT BAGI TAHUN 2020 DAN 2021

Isnin, 10 Oktober 2022 -​ Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan kepada pemohon-pemohon yang menyertai Skim Perumahan Negara bagi permohonan tahun 2020 dan 2021 bagi Daerah Belait untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan sepertimana jadual berikut: 

Tarikh : 10 Oktober 2022 hingga 19 Oktober 2022 

Tempat : Jabatan Kemajuan Perumahan, Cawangan Belait, Simpang 363-29, Jalan Pandan 7, Kuala Belait 

Pemohon-pemohon bolehlah merujuk senarai nama tersebut melalui laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Perumahan pada alamat www.housing.gov.bn. Bagi sebarang pertanyaan pemohon yang tersenarai bolehlah menghantar emel ke info@hdd.gov.bn atau JKP Cawangan Daerah Belait melalui emel: belait.jkp@hdd.gov.bn

Attachments