Khamis, 05 Januari 2023 - Majlis menandatangani kontrak bagi projek berkenaan diadakan pada petang tadi di Dewan
Betabur, Kementerian Pembangunan diantara Jabatan Kemajuan Perumahan dan Kontraktor yang
dilantik, Thong & Thong Sendirian Berhad. Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan
Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka
Haji Hamdani dan disaksikan oleh Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku
Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Sementara itu, menandatangani bagi pihak Thong & Thong Sendirian Berhad ialah Awang Haji Abd
Rahman bin Haji Metasim iaitu selaku Pengarah Urusan Syarikat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha
Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan serta
Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.
Pada majlis berkenaan juga berlangsung penandatanganan Jaminan Rekabentuk diantara pihak
Jabatan Kemajuan Perumahan bersama-sama dengan 3 pihak Konsaltan projek berkenaan iaitu
Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.
Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan
Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan disaksikan oleh Awang Haji
Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan.
Sementara itu, menandatangani bagi pihak Gemilang Latif Associates ialah Ar. Mahri bin Haji Latif,
manakala menandatangani bagi pihak Perunding Primareka ialah Ir. Wee Hong Kee dan
menandatangani bagi pihak Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd. ialah Ir. Dr. Rohaniyati binti
Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Md Salleh.
Majlis menandatangani kontrak berkenaan disaksikan oleh Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer
Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha
Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan selaku Tetamu
Kehormat Majlis.
Projek Perumahan Negara Kg. Tanah Jambu, Fasa 7 ini menelan belanja lebih BND 96 juta dan
termasuk didalam projek Rancangan Kemajuan Negara ke 11. Projek ini akan bermula pada 05
Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan diatas tapak projek dengan keluasan
80 hektar. Skop projek ini adalah termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja
infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha
Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan serta
Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.