Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SEMBAHYANG FARDHU ASAR DAN DOA KESYUKURAN MEMPERINGATI HARI HABITAT SEDUNIA 2023

​​​​Isnin, 02 Oktober 2023 - Sempena dengan Sambutan Hari Habitat Sedunia 2023, Jabatan Kemajuan Perumahan mengelolakan Majlis Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan, Bangunan Kementerian Pembangunan.

IMG_7559.JPG

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah diimamkan oleh Pg Md Hadi Haqim Bin Pg Haji Sabli, diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai dipimpin oleh Awang Nurul Izzul Bin Haji Zakaria. 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam masing-masing dipimpin oleh Awang Mohd Azizul Rahman Bin Saban dan Pg Mohammad Yasrinal Eddy Abdullah Bin Pg Haji Ya'akub.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.

IMG_7570.JPG

Majlis ini menandakan bermulanya beberapa aktiviti yang akan dikelolakan bersempena dengan Sambutan Hari Habitat Sedunia 2023, antaranya Pameran Habitat (HABITEX) yang akan disertai lebih 20 peserta yang mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk produk binaan, hiasan rumah, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, makanan dan minuman dan sebagainya.​


Foto: Kementerian Pembangunan

Attachments