29 Oktober 2016, Sabtu - Kompleks Perdagangan Anggerek Desa, Berakas adalah antara bangunan komersil sering menjadi kunjungan orang ramai. Oleh itu bagi memastikan kebersihan di kawasan berkenaan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah meungkayahkan kempen kebersihan.
Tujuan kempen diadakan bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya kebersihan dan keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih di tempat awam khususnya kedai-kedai makan di kawasan berkenaan dan juga menanamkan kefahaman orang awam bagi memastikan kebersihan adalah tanggungjawab bersama bukan hanya di pihak Kerajaan.
Kempen ini melibatkan pemilik dan pekerja premis-premis perniagaan di Kompleks Perdagangan Anggerek Desa dengan harapan mereka akan sentiasa prihatin dalam memastikan kebersihan kawasan premis masing-masing. Juga turut serta dalam kempen ini pegawai dan kakitangan JKP, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekrasi, Jabatan Perkhidmatan Air, JKR dan juga Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.
Sejumlah 52 premis yang beroperasi di Kompleks Perdagangan berkenaan, dimana 12 buah daripadanya adalah kedai makan dan selebihnya adalah kedai runcit.