Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

232 UNIT TERES DIUNDI

07 November 2016, Isnin - Sejumlah 232 unit rumah teres di bawah Rancangan Perumahan Negara Rataie, Daerah Temburong telah diundi kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti Skim Perumahan Negara (SPN).

DSC_9463.JPG

Majlis diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampong Rataie, Daerah Temburong.Hadir menyaksikan Majlis Pengundian berkenaan, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad. 

DSC_9425.JPG DSC_9359.JPG DSC_9495.JPG

Sebelum majlis pengundian dimulakan, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan mengingatkan pemohon yang berjaya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan garispandu mengikuti Skim berkenaan. Ini termasuklah kesalahan menambah rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa. 

DSC_9435.JPG DSC_9338.JPG DSC_9341.JPG

Seperti kelazimannya, Jabatan Kemajuan Perumahan berserta wakil jabatan-jabatan berkenaan akan memberikan taklimat kepada pemohon sebelum Majlis Pengundian dibuat. Antara matlamat taklimat diadakan bagi memberikan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat mengikuti SPN, tatacara pembayaran balik pinjaman perumahan, tatacara penyambungan bekalan air dan elektrik dan juga tatacara menghadapkan permohonan tambah ubahsuai rumah.

Attachments