Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KUNJUNGAN MPK KAWASAN 3 RPN LAMBAK KANAN

MPK.Lambak1.jpeg

03 Mei 2018, Khamis - Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan menerima kunjungan dari Majlis Perundingan Kampong (MPK) Kawasan 3 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan. Rombongan diketuai oleh Awang Haji Mahir bin Mohd Yusof, Ketua Kampong Kawasan 3, RPN Lambak Kanan.

Antara yang dikongsikan pada kunjungan itu adalah isu-isu dan pendapat, cadangan yang berkaitan dengan penambahbaikan dan pemeliharaan prasarana yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Melalui kunjungan berkenan, dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dan penduduk di kawasan RPN. Hubungan baik yang terjalin antara pihak kerajaan dan masyarakat akan dapat mewujudkan kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara.

MPK.Lambak2.jpeg 

 

Attachments