Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JKP MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM KATEGORI C

06 Mei 2018, Ahad - Dengan meraih kutipan mata 1300, JKP mendapat tempat ketiga bagi Kategori 'C' Lelaki Bebas pada kejohanan Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Kejohanan dikendalikan oleh Jabatan Ukur berlangsung selama 3 hari bemula 04 Mei hingga 06 Mei di Pusat Bowling Utama, Batu Satu. 

bowling5.jpg

Pemain bowling JKP, Awang Saiful Bahri bin Haji Daud juga dipilih sebagai pemain High Series dengan jatuhan pin 503 bagi Kategori 'C' Lelaki Bebas. JKP juga menghantar pemain bagi Kategori VIP dan juga Kategori 'D' Wanita Bebas. Hadiah-hadiah pemenang disampaikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Bowling3.jpg Bowling1.jpg bowling7.jpg


Attachments