Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

11 Julai 2018, Rabu - Selain berpeluang bermaafan di hari yang mulia, Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP).

DSCF6885.JPG

Konsep sambutan tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya, dimana tahun ini rombongan ketua-ketua Bahagian dan Cawangan diketuai oleh Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan mengunjungi setiap tingkat di Bangunan JKP. 

DSCF6985.JPG DSCF7084.JPG IMG_5109.JPG

Selain beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan disetiap Bahagian JKP, kemeriahan Aidilfitri dapat dirasa dengan terhidangnya berbagai jenis juadah mengikut tema masakan yang telah ditetapkan bagi setiap tingkat.


Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP

Attachments