Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN JKP 1440H/ 2019M

22 Mei 2019, Rabu - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, JKP bagi meyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. 

DSC_7955.JPG

Majlis khatam tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat duci Al-Quran. Kemudian doa khatam dan tahlil dipimpin oleh pelajar dari Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

DSC_7898.JPG DSC_7882.JPG DSC_7880.JPG

Di majlis tersebut,  penyampaian derma diberikan kepada sembilan (9) orang anak-anak yatim yang terdiri daripada warga kakitangan JKP. Majlis ini merupakan acara keugamaan yang diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh keberkahan dengan mengambil kesempatan meraih ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT dengan pembacaan Al-Quran oleh para pegawai dan kakitangan JKP.

DSC_8037.JPG DSC_8002.JPG DSC_8047.JPG

Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP

Attachments