Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN KERJA AHLI MESYUARAT NEGARA KE JKP

17 September 2019, SelasaAhli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada pagi ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) antara agenda lawatan ke Kementerian Pembangunan. Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara diketuai oleh ang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

7.jpg

Terdahulu rombongan seramai 14 orang Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ini dibawa melawat ke tapak-tapak projek yang telah dikenal pasti di bawah Kementerian Pembangunan. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperlihatkan secara lebih dekat serta memberikan penerangan lanjut kepada Ahli-ahli MMN perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan khususnya untuk orang ramai. 

4.jpg 5.jpg 3.jpg

Semasa berada di jabatan ini, penerangan terperinci telah diberikan mengenai peranan utama jabatan dan pendekatan keatas isu-isu dan projek-projek perumahan dalam penyediaan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara (SPN). Disamping itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat juga berpeluang untuk mendapatkan penjelasan beberapa perkara mengenai isu perumahan yang telah dibangkitkan pada sesi mesyuarat MMN yang lalu. Turut hadir menyertai rombongan, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. 


Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan AWam, JKP | Foto: JKP


Attachments