Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

234 ORANG PEMOHON DAERAH TEMBURONG MENERIMA KUNCI RUMAH

18 November 2019, IsninKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 234 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) bagi Daerah Temburong. Majlis Penyempurnaan Penganugerahan anak-anak kunci berkenaan berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

INFODEPT09-09.jpg

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) di Helipad Pekan Bangar dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.

INFODEPT06-01.jpg INFODEPT09-06.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Mohammad Shah bin Haji Taip, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Temburong diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Temburong. Pada majlis penganugerahan pagi tadi keseluruhan 234 orang penerima dikurniakan rumah jenis teres dibawah RPN Rataie. Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Temburong.


Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan itu, KDYMM dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, Mukim Batu Apoi. Dari Sekolah Rendah Sultan Hashim Batoi Apoi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia meneruskan lawatan ke Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Kampung Ujung Jalan.  

 

Selesai membuat lawatan di Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan baginda berkenaan singgah ke Penghulu Mukim Bokok yang juga Pemangku Penghulu Mukim Amo, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu di Kampung Meniup, Jalan Pendaruan Temada, Mukim Bokok.

INFODEPT06-09.jpg INFODEPT09-33.jpg INFODEPT06-06.jpg

Dari kediaman Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, KDYMM meneruskan lawatan baginda ke lawatan kerumah-rumah penerima anak-anak kunci di bawah RPN Rataie, Daerah Temburong.


Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: Jabatan Penerangan

Attachments