Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KONTRAK RPN KG LUGU DITANDATANGANI

30 Januari 2021, Sabtu - Majlis penandatanganan kontrak bagi projek Rancangan Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2 telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, diantara Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kontraktor yang dilantik, Swee Sendirian Berhad.

Lugu.1.jpg

Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, dan bagi pihak Swee Sendirian Berhad ialah Pengiran Haji Mahalee bin Pengiran Damit. Konsaltan bagi pihak pemborong ialah Eco Bumi Arkitek dan Petar Perunding Sendirian Berhad. 

 Lugu2.jpg Lugu3.jpg

Majlis penandatanganan kontrak disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan selaku Tetamu Kehormat majlis. Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah Dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan Profesional) Kementerian Pembangunan dan Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat Dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan serta ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pembangunan.

Lugu8.jpgLugu6.jpg

Projek Rancangan Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2 adalah merupakan projek dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11. Projek ini akan menyediakan 1000 buah rumah beserta dengan kemudahan asas seperti air, letrik dan jalan raya.

Dengan harga lebih BND 108 juta, projek Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2 ini dibina diatas tapak seluas 165 hektar, dan dijangka akan siap dalam tempoh masa 24 bulan. 

Kementerian Pembangunan melalui JKP, juga sedang melaksanakan beberapa projek-projek perumahan yang lain. Ini termasuklah :

  • Projek bagi pembinaan kira – kira 750 unit rumah teres di RPN Kampong Tanah Jambu Fasa 7 (dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11) yang pada masa ini adalah dalam proses sokongan tawaran; 
  • Membaikpulih dan menyiapkan 140 unit rumah teres di RPN Kampong Rimba, dimana projek ini dijangkakan akan bermula dalam masa terdekat; dan
  • Memperuntukkan 254 unit rumah teres di RPN Kampong Bukit Beruang, Tutong, yang telah siap secara fisikal, dan hanya tinggal menyiapkan beberapa kerja yang melibatkan penyiapan infrastruktur sahaja lagi, dimana kerja-kerja berkenaan juga dijangkakan akan siap dalam masa terdekat ini. 

Attachments