Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLETAKAN BATU ASAS RPN KG LUGU FASA 2

08 April 2021, Khamis - Majlis Perletakan Batu Asas bagi projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Projek Perumahan Negara di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11 ini, akan menyediakan 1,000 unit rumah jenis teres, diatas tapak seluas 165 hektar, berserta dengan prasarana asas seperti bekalan lektrik, bekalan air dan jalan raya. Projek ini bernilai lebih dari BND 108 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan. Perlaksanaan projek ini dikendalikan oleh kontraktor dilantik, Swee Sendirian Berhad.

Breaking1.jpg Breaking2.jpg

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, Ahli Mesyuarat Negara; Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Prang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan dan Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Pemangku Ketua Kampung Lugu & Katimahar, Ketua-Ketua Jabatan berserta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan, pihak kontraktor dan wakil dari Eco Bumi Arkitek dan Petar Perunding Sendirian Berhad perunding yang mengendalikan projek berkenaan.

Breaking9.jpg

Majlis perletakan batu asas berkenaan juga diselajurkan dengan acara penanaman pokok sebagai inisiatif terhadapa perubahan iklim dan sokongan bagi Kempen 26,000 pokok di bawah Protokol Hijau.

Attachments