Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JKP RAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERSARA

​​​​Khamis, 16 Februari 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi pegawai dan kakitangan yang bersara bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan.

 Majlis dimulakan de​ngan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Yasrinal Eddy Abdullah bin Pg. Haji Ya'akub. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pesara.

 Pesaraan4.jpeg Pesaraan1.jpeg

Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan bersara pada tahun 2022 diraikan di Majlis tersebut. Majlis diadakan bertujuan memberi penghargaan dan juga untuk mengenang jasa dan sumbangan pegawai dan kakitangan berkenaan sepanjang berkhidmat bersama Kerajaan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat bagi memberkati majlis dan sesi bergambar ramai.

Pesaraan3.jpeg 


Attachments