Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

OPERASI KENDERAAN TERBIAR

​​​​Isnin, 06 Mac 2023 - 5 buah kenderaan terbiar terletak di pinggir bahu jalan raya dan kawasan 'hammer head' di Jalan Wasai Limuru dan Wasai Limuru Barat, Perumahan Negara Tanah Jambu telah diambil tindakan dan dipindah oleh pihak berkuasa semasa Operasi Kenderaan Terbiar pada 15 Februari 2023 lalu.

6.jpeg 1.jpeg

Operasi ini dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dengan kerjasama agensi-agensi berkuasa, iaitu pihak Pasukan Polis Diraja Brunei, pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta Ketua Kampong Perumahan Negara Tanah Jambu.

1.jpeg

Sebanyak 49 notis telah dikeluarkan oleh pihak Unit Penguatkuasaan JKP keatas kenderaan-kenderaan yang didapati diletakkan terbiar dipinggir bahu jalan raya dan kawasan 'hammer head' jalan raya di kawasan Perumahan Negara Tanah Jambu.

Melalui operasi ini, satu kegiatan bengkel kereta yang dijalankan di salah satu sebuah Unit Rumah Teres di kawasan berkenaan juga telah diambil tindakan atas kesalahan melanggar perjanjian Peraturan dan Syarat bagi mengikuti Skim Perumahan Negara.​

Pada kesempatan ini, mengingatkan kepada pemilik–pemilik rumah di bawah Skim Perumahan Negara bahawa adalah tidak dibenarkan menjalani sebarang kegiatan perniagaan berdasarkan.  Kesalahan - kesalahan ini boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya. 

JKP dan agensi-agensi berkuasa mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai dalam mengongsikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kenderaan-kenderaan yang terbiar terutamanya di kawasan Skim Perumahan Negara dengan menghubungi Talian Darussalam 123 atau menghantarkan emel kealamat info@hdd.gov.bn

Attachments