Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBayaran Balik Perumahan

​Berapa lama tempoh bayaran balik Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) ?

 

Tempoh bayaran balik RPN dan STKRJ ialah antara 15 tahun ke 30 tahun.


Bagaimana cara pembayarannya?

 

Cara pembayarannya:

  1. ​​Bagi Pegawai dan Kakitangan yang berkhidmat dengan Kerajaan samada dalam jawatan Tetap, Sebulan Kesebulan, Open Vote atau Bergaji Hari akan terus dipotong dari gaji bulanan.

     
  2. Bagi Pegawai Kerajaan yang telah bersara dan berhak menerima pencen perkhidmatan akan dipotong dari pencen perkhidmatan.

     
  3. Bagi Pegawai Kerajaan yang telah bersara dan telah meninggal dunia dan masih lagi berhak menerima pencen (ahli waris yang menerima pencen turunan akan juga dipotong dari pencen turunan tersebut).

     
  4. Bagi kakitangan yang berkhidmat dengan Syarikat Minyak Shell Brunei, Jerudong Park Setia Protective Services, Penerbangan KDYMM Sultan dan Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei termasuk anak-anak Syarikatnya akan juga dipotong dari gaji bulanan.

     
  5. Bagi Kakitangan yang berkhidmat dengan mana-mana Syarikat Swasta juga boleh dipotong gaji tertakluk kepada Pengurusan Syarikat tersebut bersetuju membuat potongan melalui gaji kakitangan berkenaan.

     
  6. Bagi pekerja-pekerja persendirian bayaran adalah dibuat secara tunai dikuanter Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Perumahan.


Bagaimana jika pemilik gagal membayar balik pinjaman bagi rumah yang telah diperuntukan?


Jabatan akan membuat surat tuntutan (tagihan) amaran pertama, kedua dan ketiga selain memanggil pemilik rumah ke pejabat untuk membincangkan masalah yang dihadapi. Jika gagal gaji penjamin akan dipotong mengikut kadar bayaran sebulan dan jumlah yang tertunggak.

 

​ Apakah status penjamin?

 

Penjamin adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan yang bergaji bulan.

 

Bagaimana baksis bagi pemilik rumah yang bersara? Adakah dikenakan potongan jika masih mempunyai baki pinjaman?

 

Bagi Pegawai dan Kakitangan yang bersara dan berhak menerima baksis perkhidmatan akan dipotong mengikut kadar peratus yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan [bagi yang tidak memohon] seperti berikut;


​BAKSIS YANG AKAN DITERIMA​KADAR POTONGAN
​Dibawah $10,000​0%
$10,000 keatas dan dibawah $20,000​10%
​$20,000 keatas dan dibawah $30,000​15%
​$30,000 keatas dan dibawah $50,000​20%
​$50,000 keatas​30%