Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKemudahan Awam

​​​​​Berapakah harga kadar sewa bangunan – bangunan Kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan ?

 

Kadar sewa bagi bangunan-bangunan tersebut ialah;

 ​​

​BilBangunan-bangunan Kerajaan   Jumlah UnitSewa Sebulan
1.Rumah Teres      140 unit  $100.00
2.Transit Flat Mentiri         96 unit  $150.00
​3. ​

Kompleks Perdagangan Anggerek Desa

[Kedai]

[Gerai Makan]

[Pasar Ikan/Daging/Ayam]

[Pasar Sayur]

 

       45 unit

       14 unit

       10 unit

       16 unit

​ 

$120.00

$200.00

$500.00

$500.00
4.

Kompleks Perusahaan Ringan Anggerek Desa

[Berderet]

[Berasingan]

 

       20 unit

       8 unit

 

  $ 800.00

  $ 1,370.00

5.Kedai Perpindahan Mata-Mata​       6 unit  $ 300.00
6.Kedai Skim Perumahan Kg Sungai Bunga       1 unit  $ 250.00


Syarat bagi mendapatkan rumah tumpang sementara, Jabatan Kemajuan Perumahan?


1.  Pemohon bagi Rancangan Perumahan Negara/Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati yang telah diperkenankan yang terdiri dari:

       1.1   Pemohon (suami/isteri/duda/janda/balu) yang ada tanggungan 

       1.2  Pemohon tidak mempunyai tanah bergeran dan tidak mempunyai rumah sendiri seperti diatas tanah TOL, Kg Ayer dan tidak tinggal dirumah sewa         

               Kerajaan.        

2.   Pemohon yang terlibat dengan kebakaran dan projek kerajaan yang Rancangan Perumahan Negara/Skim Tanah kurnia Rakyat Jati sudah diperkenankan.

3.    Mempunyai pendapatan yang kukuh untuk membolehkan membayar sewa bulanan bagi mengelakkan sewa tertunggak. Perkara ini disyaratkan bagi            

       bil.1 (1.1 dan 1.2), 2 dan 3 diatas.

4.    Dihendaki seorang penjamin yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.

5.    Pemilik-pemilik rumah di RPN/STKRJ yang rumah-rumah mereka mengalami kerosakan yang disokong oleh Jabatan. 

6.    Pemohon diberi keutamaan mengikut tahun memohon RPN/STKRJ, tarikh memohon rumah ​sementara tertakluk kepada keperluan dan keputusan Ahli    

       Jawatankuasa Peruntukan rumah-rumah sementara RPN.

7.   Penyewa yang tidak berkhidmat dengan kerajaan dihendaki menyediakan seorang pembayar sewa yang berkhidmat dengan kerajaan secara tetap/ open 

      vote/ sebulan ke sebulan yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

8.   Bagi penyewa yang bekerja dengan kerajaan bayaran sewa hendaklah dipotong melalui gaji.

9.   Penjamin dihendaki mempunyai gaji bersih sebanyak $ 600.00.


Jenis-jenis pelanggaran syarat bagi unit-unit perniagaan dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Perumahan?

 

1. Gagal membayar sewa.

2. Membuat tambahan tempat penyewaan tanpa kebenaran.

3. Tidak menandatangani perjanjian penyewaan

4. Kegiatan-kegiatan yang bertentangan Syarat Peraturan Perjanjian termasuk menyewakan dan sebagainya.


Apakah tindakan yang akan diambil dengan pelanggaran yang dibuat?

 

1.  Membuat penyiasatan dan laporan.

2.  Surat teguran 3 kali dan terakhir Surat Arahan Mengosongkan dan Salinan kepada Jabatan-Jabatan berkenaan.

3.  Pemotongan bekalan elektrik.

​4.  Membatalkan perjanjian penyewaan.


 ​