Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Perpindahan Tahun 1950an

Skim Perpindahan pada tahun 1952


Skim Pertama Kampong Perpindahan diperkenalkan dan diselaraskan oleh Jabatan Perpindahan Kampong Ayer Ke Darat. Sebagai permulaan, sekumpulan penduduk Kampong Pengiran Bendahara Lama dipindahkan ke Kampong Bunut diatas sebidang tanah yang telah diperuntukan oleh Kerajaan dengan keluasan 56 ekar untuk menempatkan 28 buah keluarga dimana setiap keluarga diperuntukan 2 ekar.

Dengan peruntukan 2 ekar tersebut, membolehkan keluarga yang terlibat untuk membina sebuah rumah dan menjalankan kegiatan bercucuk tanam. Rumah yang dibina adalah daripada kayu dan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan sendiri tanpa pengawasan daripada pihak yang berkuasa pada ketika itu.

Walaupun rumah-rumah yang dibina dilaksanakan sendiri oleh keluarga yang terlibat, Kerajaan telah menyediakan insentif kewangan dimana setiap keluarga diberi $100.00 untuk meroboh rumah asal di Kampong Ayer, $100.00 kos untuk berpindah ke Kampong Bunut, $100.00 untuk membersihkan kawasan tanah yang telah diperuntukan dan $100.00 lagi untuk menampung kos perpindahan.

Selain daripada itu, sementara menunggu pokok buah-buahan yang ditanam menghasilkan buah, Kerajaan memberikan setiap keluarga $2.00 sehari selama 18 bulan. Dan pada bulan November 1952, ahli keluarga yang terlibat mula mendiami rumah-rumah tersebut.

Bunut52.jpg

Skim Perpindahan pada tahun 1953

Untuk mencapai dasar awal Skim Perpindahan, Skim Kedua Kampong Perpindahan terus dilaksanakan dan kawasan yang dipilih ialah disekitar Berakas. Terdapat kawasan-kawasan kecil dikenalpasti termasuk Kampong Burong Pinggai Berakas, Kampong Pancha Delima, Kampong Pengiran Siraja Muda, Kampong Anggerek Desa dan Kampong Orang Kaya Besar Imas.

Sepertimana di Kampong Perpindahan Bunut, keluarga yang terlibat bagi Skim ini juga diperuntukan sebidang tanah tetapi keluasan yang diperuntukan adalah berbeza tertakluk kepada kawasan yang diperuntukan kepada setiap keluarga. Kerja-kerja pembinaan rumah dilaksanakan oleh keluarga yang terlibat dan bahan yang digunakan adalah kayu seperti rumah-rumah Kampong Perpindahan Bunut.

Kampong Perpindahan Burong Pinggai didiami oleh penduduk yang berasal daripada Kampong Burong Pinggai Ayer. Seramai 48 keluarga mengikuti skim ini dimana setiap keluarga telah diperuntukan 0.5 ekar. Sementara itu, pada tahun yang sama, Kampong Pancha Delima, Kampong Pengiran Siraja Muda, Kampong Anggerek Desa dan Kampong Orang Kaya Besar Imas menempatkan lebih daripada 197 keluarga dan setiap keluarga diperuntukan satu bidang tanah dengan keluasan 2 ekar. Pada  umumnya, pemindahan ini adalah bertujuan untuk memindahkan sebahagian penduduk-penduduk Kampong Ayer ke Darat.

Anggerek53.jpg            Anggerek53.2.jpg 

  

​Skim Perpindahan pada tahun 1954

Berakas54.2.jpg            Berakas54.1.jpg


Pada tahun ini, Skim Perpindahan Ketiga dilaksanakan dimana penduduk-penduduk kampong yang terlibat ditempatkan di Kampong Perpindahan Berakas dan kedua kampong tersebut diberi nama Kampong Jaya Setia dan Kampong Jaya Bakti.

Kampong Jaya Setia menempatkan 54 keluarga daripada Kampong Ayer dimana setiap keluarga diperuntukan 2 bidang tanah. Satu bidang tanah berkeluasan 0.5 ekar untuk membina rumah dan satu bidang lagi berkeluasan 4.5 ekar untuk menanam pokok getah. Pembinaan rumah melalui bantuan kewangan dari Kerajaan.

Sementara itu, Kampong Jaya Bakti diperuntukan bagi kakitangan Kerajaan dan 37 keluarga menyertai skim tersebut. Setiap keluarga diperuntukan satu bidang tanah dengan keluasan 0.75 ekar untuk membina rumah dan menanam pokok buah-buahan. Walaupun rumah-rumah dibina oleh keluarga terlibat tetapi Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangan Kerajaan.