Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Perpindahan Tahun 1970an

Skim Perpindahan tahun 1970 

JbtnPerpindahaan.jpg

Bagi mempastikan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan dapat dicapai dengan berkesan, Jabatan Perpindahan telah ditubuhkan dengan tujuan agar perlaksanaan bagi memindahkan penduduk-penduduk Kampong Ayer kedarat dapat berjalan dengan lebih teratur dan sempurna.

Jabatan ini diketuai oleh Pegawai Perpindahan Kampong Ayer siapa yang bertanggungjawab  dalam pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perpindahan. Dengan tertubuhnya Jabatan ini, pengurusan dan pentadbiran Kerajaan bagi melaksanakan skim perpindahan ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

 

​ Skim Perpindahan tahun 1976

Memandangkan kepada sambutan yang menggalakkan sejak Skim Perpindahan mula diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 50an, Jabatan Perpindahan pada tahun 1976 telah merancang untuk melaksanakan kajiselidik secara komprehensif seluruh Negara untuk mengenalpasti jumlah rakyat yang benar-benar berkeinginan dan berhasrat untuk mengikuti Rancangan Perumahan Negara dan seterusnya memiliki rumah sendiri.

 

Kajiselidik ini juga adalah bertujuan untuk menilai dan mendapatkan maklumat mengenai dengan keperluan rakyat yang mempunyai latarbelakang dan budaya yang berbeza termasuk untuk menghasilkan statistik jumlah penduduk  didalam satu-satu kawasan bagi memudahkan Kerajaan untuk melaksana program dengan lebih berkesan. 

 

Hasil kajiselidik tersebut, Rancangan Perumahan Negara telah diperkenalkan bagi membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah untuk memiliki rumah melalui harga subsidi dengan tempoh bayaran balik di antara 20 – 30 tahun. Melalui kajiselidik ini juga, membolehkan Kerajaan untuk mengetahui jumlah rakyat yang ingin berpindah, menilai sejauh manakah skim perumahan dapat membantu keperluan rakyatnya dari segi perlindungan, mengetahui jenis-jenis rumah yang paling sesuai seimbang dengan adat tradisi orang-orang Brunei dan seterusnya mengenalpasti jumlah penduduk di dalam satu-satu kawasan supaya kemudahan-kemudahan yang berpatutan dapat direka dengan sewajarnya.

 

Skim Perpindahan tahun 1978 ​

Untuk kesinambungan dan merealisasikan hasrat murni Kerajaan untuk menyediakan perumahan yang lebih berperancangan kepada rakyat dan penduduk di Negara ini, pada tahun 1978, Kerajaan telah meluluskan sembilan (9) kawasan di seluruh Negara untuk dimajukan dan dilengkapi dengan kemudahan awam yang moden serta persekitaran lanskap yang menarik. Kawasan-kawasan yang dikenalpasti ialah:

 

Daerah Brunei dan Muara:-                        

Kampong Lambak Kanan – 720 ha                                   

Kampong Rimba – 445 ha

Kampong Mentiri – 162 ha

Kampong Meragang – 300 ha

 

Daerah Tutong:-

Kampong Bukit Beruang – 474 ha

Daerah Belait:-                                                          

Kampong Pandan – 295 ha                                    

Kampong Sungai Liang / Lumut – 282 ha

Kampong Lorong Tengah Seria – 308 ha

 

Daerah Temburong:-

Kampong Rataie – 158 ha