Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PEMBUKAAN KEJOHANAN FUTSAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 2016

​27 Mac 2016, Ahad - Kejohanan bola sepak 5 orang sepasukan (Futsal) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 2016 berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas. Kejohanan tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. 

Kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria, Pengarah Kemajuan Perumahan. Sebanyak tujuh (7) buah pasukan menyertai kejohanan tersebut.

DSC_6377.JPG

Pengarah Kemajuan Perumahan menyampaikan sijil penghargaan pada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan

​Pada acara perasmian kejohanan, tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan. Antara objektif kejohanan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya disamping meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental melalui aktibiti sukan.

DSC_6362.JPG  DSC_6462.JPG

Attachments