Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENUTUP KEJOHANAN FUTSAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 2016

27 Mac 2016, Ahad - Pasukan dari Jabatan Ukur menjuarai Kejohanan bola sepak 5 sepasukan (Futsal) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 2016 yang diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas. Hadiah kejohanan disampaikan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Kementerian Pembangunan.

Futsal3.jpg

Pasukan Ukur berjaya menwaskan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR (DAF) dengan jaringan 2-1 sekali gus menempatkan DAF di tempat kedua. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Bangunan (DBS) menduduki tempat ketiga setelah menang tanpa bertanding.

Manakala itu, pemain dari pasukan DAF, Awang Haji Md. Bahkri bin Haji Said,  telah dipilih selaku Pemain Terbaik dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan ini disertai oleh tujuh (7) buah pasukan. Sebelum perlawanan akhir dimulakan, tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan yang berjaya memasuki peringkat akhir kejohanan tersebut.

DSC_6960.JPG Futsal1.jpg

Turut menyaksikan perlawanan akhir kejohanan berkenaan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 


Attachments