Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN PELAJAR POLITEKNIK KE RPN LUGU

04 Mei 2016, Rabu - Seramai 44 orang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, dan kakitangan dari Kampus Sains dan Kejuruteraan Lumut, Sekolah Politeknik Brunei membuat lawatan ke Tapak Pembinaan Perumahan Lugu sebagai sebahagian daripada aktiviti kurikulum Program Kejuruteraan Awam mereka.

Lugu_5.jpg

Diawal lawatan, rombongan telah diberikan taklimat oleh Jurutera Projek dari Jabatan Kemajuan Perumahan bersama dengan kontraktor yang dilantik mengenai kaedah pembinaan dan aspek-aspek reka bentuk yang melibatkan proses konsep reka bentuk, sub struktur dan struktur utama serta penggunaan bahan untuk pembinaan 1,000 unit rumah jenis Kluster di kawasan berkenaan.
Lugu_1.jpg Lugu_4.jpg Lugu_2.jpg
Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk menyediakan para pelajar peluang yang berkaitan dengan apa yang mereka pelajari dalam modul ‘Teknologi Pembinaan’ yang ditawarkan di bawah Program Diploma Kejuruteraan Awam Level 5 di Politeknik Brunei.

Attachments