Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGANUGERAHAN KUNCI BAGI 593 ORANG BAGI RPN BUKIT BERUANG

14 Mei 2016, Sabtu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,  berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan anak-anak kunci rumah kepada 593 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya, Tutong.

AZMI-6 PO.jpg

Keberangkatan tiba KDYMM di helipad berhampiran Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

ARIF-1 KPO.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Pada majlis berkenaan, seramai 160 orang menerima rumah jenis kembar dan 433 orang pula menerima rumah jenis teres. Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tutong.

AZMI-14.jpg AZMAH_03 PB.jpg ARIF-6.jpg

Sejurus selesai majlis penganugerahan anak-anak kunci rumah tersebut, KDYMM berkenan dijunjung berangkat melawat ke Sekolah Menengah Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya. Institusi pendidikan terus menjadi prihatian KDYMM dimana seterusnya baginda berkenan berangkat melawat Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong II, Mukim Tanjong Maya. 

HAMZAH-013.jpg ARIF-25.jpg

Selesai membuat lawatan di Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya berkenaan, KDYMM dijunjung berangkat melawat ke Syarikat Wira Bina, Produk Majlis Perundingan Mukim Tanjong Maya, Tutong. Produk Minyak Kelapa Dara (VCO) diperkenalkan kepada Penduduk Tanjong Maya sebagai initiatif Kerajaan dalam projek 'Satu Kampong Satu Produk' bagi Mukim Tanjong Maya pada tahun 2009. Rumah Ketua Kampong Lubok Pulau, Yang Mulia Awang Haji Abd Rahman bin Samat menjadi destinasi lawatan baginda seterusnya. Kemudian KDYMM berkenan berangkat melawat Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Beruang, Tutong. 

DKFILA_09 KPO.jpg HAMZAH-028 KPO.jpg ARIF-48.jpg

Seterusnya baginda berkenan melawat para penerima anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang. Penganugerahan rumah-rumah berkenaan, jelas mencerminkan keprihatinan dan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini dan secara langsung membuktikan komitmen Kerajaan dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan dan mapan dimiliki selaras dengan salah satu objektif Rancangan Kemajuan (RKN) Negara untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat.

AZMI-33 KPB.jpg AZMAH_17 KPO.jpg AZMI-30 PB.jpg

Attachments