Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN JKP BAGI TAHUN 1437H/ 2016M

​27 Jun 2016, Isnin -Bagi meraih keberkatan di bulan yang suci ini dan juga ​menandakan berakhirnya bacaan Al-Quran 30 Juzuk yang bermula awal Ramadan, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun1437 Hijrah / 2016 Masihi.​ Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah ialah Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Awang Haji Zakaria, Pengarah Kemajuan Perumahan.

DSC_7370.JPG

Majlis diadakan di Dewan Muwafaqah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Pada majlis itu, Takhtim Al-Quran dan bacaan tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Pg Haji Roslan bin Pg Haji Abd Rahman dan Yang Mulia Awang Haji Tassan bin Haji Mohamad. Kemudian Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Pg Haji Roslan bin Pg Haji Abd Rahman. Manakala Doa Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Pg Md Yamin bin Pg Haji Damit. ​Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh Yang Mulia Awang Alias bin Haji Amit.

DSC_7311.JPGDSC_0358.JPGDSC_0371.JPG 

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti-aktiviti keugamaan tahunan JKP, selain dapat memupuk dan menggalakkan kaedah pembacaan dibuat secara bergilir-gilir di mana para pembacanya terdiri daripada pegawai dan kakitangan setiap Bahagian dan Cawangan JKP.

DSC_0380.JPG DSC_7335.JPG DSC_7309.JPG

Attachments