Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN, BERTAHLIL & MEMBACA DOA ARWAH

 29 Jun 2016, ​Rabu - Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, adalah menjadi kelaziman bagi kaum muslimin dan muslimah mengambil kesempatan untuk menziarahi dan membuat kerja-kerja pembersihan tanah perkuburan bagi mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

DSC_7441.JPG

Pagi tadi, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang – Orang Islam di Makam Di Luba, Perpindahan Bunut. Turut serta pada aktiviti tersebut, Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria​, Pengarah Kemajuan Perumahan. Kerja-kerja pembersihan berkenaan disusuli dengan bacaan tahlil dan doa arwah.​

DSC_7419.JPG ​​ DSC_7412.JPG 8bb363c7-d71b-46f4-80d6-132559dd6141.jpg

Aktiviti keagamaan dan kebajikan seumpama ini merupakan aktiviti amal Jabatan Kemajuan Perumahan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan.

Attachments