Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN AHLI PARLIMEN TIMOR-LESTE KE RPN LUGU

21 Julai 2016, Khamis - Kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lugu antara lokasi termasuk dalam aturcara lawatan muhibbah 6 hari bagi rombongan ahli-ahli Parlimen Kebangsaan Timor-Leste  ke Negara Brunei Darussalam.

DSC_8333.JPG

Hadir mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan.

DSC_8253.JPGDSC_8267.JPG

Rombongan berkenaan diketuai oleh Presiden bagi Jawatankuasa C-Kewangan dan Hal Ehwal Ekonomi, Virgilio Maria Dias Marcal dan disertai seramai 15 orang ahli Parlimen Kebangsaan Timor-Leste yang lainnya.

Ahli rombongan dibawa melawat kerumah contoh jenis cluster yang siap dibina dikawasan berkenaan. Penerangan ringkas mengenai dengan rekabentuk rumah disampaikan oleh Jurutera Jabatan Kemajuan Perumahan. Sejumlah 1000 unit rumah jenis cluster dibina di kawasan RPN Lugu.

DSC_8296.JPG DSC_8311.JPG

Antara tujuan utama lawatan ke RPN Lugu ini adalah untuk meninjau lebih dekat projek perumahan yang dikendalikan melalui Skim Perumahan Negara di Negara ini.

DSC_8379.JPG DSC_8400.JPG

Attachments