Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JKP TERIMA LAWATAN UITM PERAK

04 Ogos 2016, Selasa - Rombongan seramai 27 mahasiswa bersama 10 pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Perak, Malaysia telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Perumahan sebagai sebahagian daripada jadual lawatan semasa berada di negara ini. 

​​DSC_8575.JPG

Hadir mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Pemangku Jurutera Kerja Kanan, Yang Mulia Awang Haji Ariffin bin Haji Suhaili dan Pegawai-pegawai kanan Jabatan Kemajuan  Perumahan. Rombongan dari UiTM Seri Iskandar Perak, Malaysia tersebut diketuai oleh Puan Neta Suredah Baharum.

DSC_8544.JPG ​DSC_8562.JPG

Lawatan tersebut bermula dengan taklimat dari Jabatan Kemajuan Perumahan mengenai Sejarah Perumahan Negara Brunei Darussalam dan diikuti taklimat dari wakil Darussalam Enterprise (DARe) mengenai dengan projek perumahan Rancangan Perumahan Negara Panchor (Mengkubau), kemudian taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab. Rombongan juga berkesempatan meninjau lebih dekat Skim Perumahan Negara dikawasan RPN Panchor.

Attachments