Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PESERTA KURSUS KKPPW SESI 2016

27 September 2016, SelasaSeramai 42 orang termasuk tiga orang pelatih bagi peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran (KKPPW) Sesi 2016 dari Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP).

DSC_8833.JPG

Ahli rombongan mula-mula menyaksikan tayangan video mengenai sejarah Skim Perumahan Negara. Kemudian satu sesi taklimat mengenai peranan serta fungsi JKP dalam perlaksanaan Skim Perumahan Negara disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan JKP. Siri lawatan ke JKP diakhiri dengan sesi soal jawab.

DSC_8821.JPG DSC_8831.JPG DSC_8798.JPG

Menurut Ketua Cawangan KKPPW, Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB, Leftenan Majidah binti Haji Sidek, lawatan sambil belajar ini adalah antara aktiviti kursus berkenaan yang berlangsung selama 11 minggu bagi memberikan pendedahan dan pengetahunan kepada para peserta. Tambah beliau, siri lawatan ke agensi-agensi Kerajaan ini diuruskan oleh para peserta sendiri bagi tujuan meningkatkan lagi kepimpinan dan kewibawaan seorang Pegawai Waran didalam melaksanakan pengurusan-pengurusan yang telah ditetapkan mengikut piawaian yang dikehendaki. Kursus berkenaan dijadualkan tamat pada pertengahan bulan Oktober ini.

Attachments