Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MERAIKAN PESARA JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

29 September 2016, Khamis - Seramai 14 pegawai dan kakitangan yang telah bersara pada tahun 2015 dan 2016 diraikan. 

 DSC_8855.JPG

Majlis didahului dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Awang Haji Tassan bin Haji Mohamad. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad. 

DSC_8860.JPG DSC_8871.JPG DSC_8869.JPG

Kemuncak majlis adalah penyampaian cenderahati kepada pegawai dan kakitangan yang bersara disempurnakan oleh tetamu kehormat. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria, mantan Pengarah Kemajuan Perumahan yang berpindah dan dinaikkan pangkat selaku Ketua Pengarah Kerja Raya. 

DSC_8858.JPG

Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengenang jasa bakti pegawai dan kakitangan Jabatan ini yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Attachments