Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

GOTONG ROYONG BERSIHKAN KAWASAN SKIM PERUMAHAN NEGARA RATAIE

03 Disember 2016, Sabtu - Amalan bergotong-royong dapat memupuk perpaduan serta mengukuhkan ikatan sesama penduduk serta menggalakkan masyarakat untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat.


Pagi tadi, Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong telah mengungkayahkan kempen kebersihan di kawasan Rancangan Perumahan Negara Rataie dan juga Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Rataie. Hadir mengetuai kempen berkenaan Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad.

Temburong2.jpeg Temburong1.jpeg

Kempen juga melibatkan para anggota bomba cawangan RPN Rataie, jawatankuasa kejiranan kampung serta beberapa agensi dari Jabatan Daerah Temburong.

Kempen ini merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa prihatin dan bersikap bertanggunjawab dalam sama-sama menjaga kebersihan persekitaran kampong termasuklah kawasan perumahan masing-masing bukan hanya berharap pada pihak Kerajaan.

Attachments