Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

528 UNIT CLUSTER RPN LUGU SELESAI DIUNDIKAN

24 Januari 2017, Selasa - Sejumlah 528 unit rumah jenis cluster  di kawasan Rancangan Perumahan Negara Lugu diundikan kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti Skim Perumahan Negara (SPN). 

4.jpg

Majlis diadakan di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Majlis Pengundian berkenaan, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad.

 Untitled.jpg 3.jpg 

Sebelumnya para pemohon telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan pada 18 Januari 2017 bagi mendengarkan penerangan mengenai peraturan dan syarat mengikuti SPN, tatacara pembayaran balik pinjaman perumahan, tatacara penyambungan bekalan air dan elektrik dan juga tatacara menghadapkan permohonan tambah ubahsuai rumah yang disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan berserta wakil jabatan-jabatan yang berkenaan.

 DSC_0019.JPG DSC_0009.JPG 

Rumah jenis cluster ini antara rekabentuk perumahan yang baru diperkenalkan di bawah Rancangan Perumahan Negara. Dengan keluasan lantai 130 meter persegi, rumah jenis cluster ini dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur, tiga (3) bilik mandi, dapur dan tempat letak kereta.  

Attachments