Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

534 UNIT RUMAH RPN BUKIT BERUANG DIUNDI

15 & 16 Februari 2016 - 534 unit rumah teres di bawah Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong telah diundi kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti Skim Perumahan Negara (SPN). Dari jumlah berkenaan 303 unit adalah rumah jenis cluster dan 231 unit rumah jenis teres.

DSC_0401.JPG

Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Othman, RPN Bukit Beruang, Daerah Tutong. Majlis Pengundiaan disaksikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad. 

DSC_0377.JPG DSC_0403.JPG

Sehari sebelumnya para pemohon yang terpilih telah menghadiri sesi taklimat yang lazim diadakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Antara tujuan taklimat diadakan bagi menerangkan peraturan dan syarat mengikuti SPN, tatacara pembayaran balik pinjaman perumahan, tatacara penyambungan bekalan air dan elektrik dan juga tatacara menghadapkan permohonan tambah ubahsuai rumah. Taklimat juga disampaikan oleh wakil Jabatan-Jabatan yang berkenaan.

DSC_0361.JPG DSC_0358.JPG

Attachments