Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LARIAN & EKSPEDISI BERBASIKAL AMAL HABITAT

05 Mac 2016, AhadJabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Empowered Entrepreneur mengadakan acara Larian dan Ekspedisi Berbasikal Amal bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2016/ 2017.

DSC_0870.JPG

Acara yang disertai hampir 2,000 peserta ini merangkumi larian 21km, 5km dan larian 3.5km 'Fun Run' dan acara ekspedisi berbasikal. Ianya bermula dan berakhir di kawasan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat juga menyertai Ekspedisi Berbasikal, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan. Para peserta melakukan senamrobik sebelum acara larian dan ekspedisi dimulakan.

DSC_1026.JPGDSC_0920.JPG DSC_1066.JPG

Di samping acara larian, gerai jualan juga akan diadakan di mana sebanyak 14 petak disediakan bagi jualan 'Live Cooking' dan 'Car Boot' yang melibatkan pengusaha dan usahawan tempatan yang menjual pelbagai produk makanan, pakaian, aksesori dan alat-alat permainan. 

DSCF2759.jpg Untitled.jpg 

Tujuan utama acara ini diadakan bagi mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan, disamping itu juga acara ini dihasratkan untuk mengumpul sumbangan yang akan disalurkan kepada SMARTER Brunei.

Attachments