Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENGUNDIAN BAGI 272 UNIT KLUSTER RPN LUGU

18 April 2017, Selasa - 272 unit rumah jenis kluster di kawasan Rancangan Perumahan Negara Lugu telah diundikan kepada pemohon-pemohon yang layak mengikuti Skim Perumahan Negara (SPN). 

DSC_1848.JPG

Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan Majlis Pengundian berkenaan, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad. Sehari sebelumnya para pemohon telah menghadiri sesi taklimat bagi mendengarkan penerangan mengenai peraturan dan syarat mengikuti SPN, tatacara pembayaran balik pinjaman perumahan, tatacara penyambungan bekalan air dan elektrik dan juga tatacara menghadapkan permohonan tambah ubahsuai rumah yang disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan berserta wakil jabatan-jabatan yang berkenaan.

DSC_1854.JPG   DSC_1884.JPG DSC_1877.JPG

Sejumlah 1,000 unit rumah jenis kluster didirikan di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lugu. Jenis rumah ini antara rekabentuk perumahan yang baru diperkenalkan di bawah Rancangan Perumahan Negara. Dengan keluasan lantai 130 meter persegi, rumah jenis cluster ini dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur, tiga (3) bilik mandi, dapur dan tempat letak kereta.  

Attachments