Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

954 PEMOHON MENERIMA LOT TANAH & KUNCI RUMAH

08 Mei 2017, Isnin - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 954 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.

P3-8_09517.jpg

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Keberangkatan tiba KDYMM dijunjung oleh Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei-Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

AM_PERUMAHAN-7.jpg  AZMI-2.jpg AZMI-1.jpg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara. 


Pada majlis berkenaan, dari keseluruhan jumlah peserta seramai 222 orang adalah penerima lot-lot tanah manakala 732 orang pula menerima anak-anak kunci rumah di beberapa buah kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ).

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan berkenaan KDYMM berkenan melawat beberapa institut pendidikan iaitu ke Sekolah Rendah Anggerek Desa, Kluster III, Mukim Berakas 'A'; ke Sekolah Rendah Mulaut dan juga Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Mukim Sengkurong. 

 AZMI-8.jpg DKFILA-07.jpg

Selesai membuat lawatan di institut-institut pendidikan berkenaan, KDYMM berkenaan berangkat ke rumah Ketua Kampong Tanjong Nangka, Yang Mulia Awang Haji Lamat bin Nawang. Mukim Sengkurong berkeluasan 7.044 kilometer persegi dan mempunyai lebih 3,260 orang penduduk. Beliau mentadbir Kampong Tanjong Nangka yang mempunyai rumah sejumlah 615 buah.

AZMI-28.jpg AZMI-35.jpg HSO_06.JPG

Diakhir lawatan, KDYMM berkenaan berangkat kerumah peserta menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara Lugu, Mukim Sengkurong.

AHA_LUGU28.jpg HSO_21.JPG HAMZAH-004.jpg

Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, lebih 28 ribu buah rumah yang telah dihasilkan, dari jumlah tersebut sebanyak 26,240 unit rumah telah dianugerahkan kepada para penerima yang berkelayakan seluruh negara yang mana dari jumlah berkenaan lebih 17 ribu unit adalah bagi para penerima dari Daerah Brunei dan Muara. Ini membuktikan komitmen kerajaan melalui Kementerian Pembangunan dalam merancang dan meneliti penyediaan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat selaras dengan strategi pembangunan Wawasan Brunei 2035.

Foto: Jabatan Penerangan, JPM.

Attachments