Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

BERSIHKAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNG SERASA

29 Mei 2018, Selasa - Menjelangnya bulan Ramadhan JKP mengadakan aktiviti tahunan melaksanakan kerja bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam di Simpang 196, Kampong Serasa. Rombongan kerja amal berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. 

BersihKubur3.JPG

Amalan membersihkan tanah perkuburan mempunyai nilai-nilai mulia seperti mengingatkan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Dalam pada itu juga aktiviti ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan dan berkebajikan dalam melaksanakan sumbangan tenaga dan amal jariah yang bermanfaat. Kempen kebersihan diteruskan dengan mengadakan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

BersihKubur1.JPGBersihkubur4.JPGBersihkubur2.JPG 


Attachments